Friday 8 February 2013

oh!!tart nenas




             Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.Setelah Cikgu Sheila keluar, Lina dan rakan-rakannya terus meluru kearah kantin.Mereka berbagi tugas untuk membeli makanan.Lina membeli tart nenas kegemarannya di gerai  Mak Mah dan air di gerai Kak Mira.Syasya pula membeli nasi.Manakala Alya dan Kira disuruh untuk menjaga tempat duduk.Selesai membeli makanan mereka duduk dan makan bersama.Mereka memang selalu makan bersama.
             Setelah pulang dari sekolah,Lina meluru ke biliknya.Selesai mandi dan solat Lina terus ke dapur untuk makan tengahari bersama ibunya.Memang Lina anak tunggal tetapi dia mempunyai dua ekor kucing yang bernama Joy dan Kitty.Sebelum makan tengahari,Lina menggeledah kabinet dapurnya. Puan Adila,ibu Lina pelik melihat Lina.Ibunya terus bertanya``kenapa dengan kamu ini?apa yang dicari-cari sampai ibu pun pelik?’’Tanya Puan Adila kepada puterinya tunggalnya itu.``Lina cari kuih tart nenas yang ibu beli tempoh hari.Ibu letak dimana kuih itu?’’Lina mencebik muka.``Oh yang ibu beli tempoh hari itu dah habis.Kalau kamu nak, telefonlah ayah kamu suruh dia belikan.’’``Baik ibu.’’Lina segera menelefon ayahnya dan menyuruh ayahnya membeli kuih tart nenas.Sejurus selepas itu,Lina terus menjamah makanan yang terhidang di atas meja.Lauk yang di masak oleh ibunya sangat sedap hinggakan Lina menjilat-jilat jari-jemarinya.                                                                                                                       
               Beberapa jam kemudian,kedengaran bunyi kereta di hadapan rumahnya.Lina terus berlari anak ke arah pintu hadapan rumahnya .Kelihatan ayahnya berada di hadapan rumahnya membawa beg plastik.Dia gembira kerana ayahnya telah membelikan kuih tart nenas yang disuruhnya.
                                     Yay kuih tart nenas!!!!!!!!

Saturday 29 December 2012

yay!!!akhirnya aq dapat belajar bahasa jepun n dapat buat facebook themes!!!!nak buat facebook themes jugak? cari

Facebook Themes (Facebook Style Gallery) App..

install ndan fb kong dah ada themes!